Friday, July 30, 2010

Pengenalan

Metafora Training And Consultant (MTC) mula beroperasi pada tahun 2000 di Alor Star, Kedah Darul Aman. MTC diasaskan penubuhannya oleh sekumpulan tenaga pendidik dan korporat yang melepaskan jawatan masing-masing dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk merealisasikan penubuhan MTC.

MTC sebagai sebuah firma perunding latihan menawarkan dan mengendalikan kursus-kursus secara professional berdasarkan “pendekatan keinsanan” yang menegaskan kepada kesepaduan sumber manusia dengan alam sekitarnya sebagai asas perlaksanaan. Sumber manusia akan dibangunkan supaya mencapai keseimbangan di antara keperluan individu, organisasi dan persekitaran.

Individu akan dilatih supaya memahami, menghargai dan menyedari konsep yang berkaitan dengan tujuan hidup ini, dan konsep bahawa kerja atau tugas itu adalah satu amanah yang perlu dilunaskan dengan cemerlang mungkin. Kefahaman yang jelas tentang konsep ini akan memungkinkan individu menyedari akan peripenting peranannya kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam semesta ini.

Berdasarkan kefahaman inilah, individu akan seterusnya dibangunkan melalui program-program latihan yang sesuai untuk memperolehi kemahiran-kemahiran yang perlu bagi merealisasikan objek diri, organisasi dan negara.